? ??????????????Mystical? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (33 Ratings)??35 Grabs Today. 23259 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Believe? ????? ?????? ???Rating: 4.4 (40 Ratings)??35 Grabs Today. 19562 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ????1?? ???????????? ????Easy Install Instruct BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, May 6, 2009

marah itu api...Bomba...tolong...



"Seorang pahlawan di nilai kehebatannya bukan kerana ketangkasan bermain senjata..tapi kerana kekuatan hati mengawal amarahnya..."





satu masa dulu..sewaktu aku terbaca ayat tu dalam sebuah buku motivasi (lau x salah noraini ahmad nama penulisnya) aku terpaku pada ayat tu..sungguh mendalam maksud yang perlu dirungkaikan..sinis tapi penuh makna...
hari yang gembira tanpa bahang amukan

kehangatan amarah



Bila menyentuh tentang kemarahan, aku teringat satu cerita di zaman Rasulullah S.A.W...





Kisah bermula.....





Seorang suami pulang ke rumah dengan perasaan gembira membawa sebiji buah(kalau x salah tembikai..entahla..lupa) untuk santapan isterinya..Si isteri sangat gembira menerima pemberian itu...Dengan hati yang riang dan penuh berselera..Si Isteri membelah buah tersebut..ternyata gembira bertukar hampa...riang bertukar berang...buah tersebut rupanya telah busuk di dalam..ulat2 memenuhi ruang dalam buah tersebut(mcm teori zarah jirim daaa...) Si isteri jijik melihatnya..dengan perasaan marah...dia berkata kepada suaminya...."Tidakkah abang tahu menilai dan berfikir..kenapa abang tidak pilih dari buah yang segar dan elok..apakah ulat dan buah busuk ni bukti cinta kasih abang pada saya?"(ni skrip aku karang sendiri..hehe)..


Suami itu tersentak mendengar kata2 amarah isterinya..namun dia tetap bersabar...dalam tenang dia menyusun kata...


"Isteriku...maafkan aku kiranya telah menyalakan api kemarahan di hatimu...izinkan aku bertanya..pada siapakah kau hunuskan senjata kemarahanmu itu?...adakah pada aku yang membeli buah itu..tanpa melihat isi dalamnya...mana mungkin aku membelahnya terlebih dahulu sebelummu isteriku..pastinya aku ingin memelihara kesegarannya sebagai persembahan buatmu...."(Isterinya terkejut...dan terdiam...kelu)





si suami menyambung lagi...


" atau mungkin kau panahkan amarahmu pada si penjual yang telah menjual buah ini padaku...mana mungkin terdaya oleh si penjual untuk membelah setiap hasil jualan buat tatapan pembeli...adakah lagi insan yang sudi menjamah buah yang telah terdedah pada angin dan debu....(si isterI terus diam dan tunduk)





si suami terus menutur bicara...


mungkin..bicara amarahmu adalah buat Pencipta buah itu kerana menciptakan hasil yang menjijikkan dan memusnahkan seleramu....Wahai isteri ku...ketahuilah...rasa kasih dan cintaku pada mu melebihi seluruh rasa manis anggur...tidak mampu ku ungkapkan perasaan itu padamu...ketahuilah isteriku..Pencipta buah itu adalah Yang Maha Esa....kehadiran ulat2 itu untuk menguji keimanan dan ketakwaan mu padaNya..bertaubatlah isteriku...kembalilah mencari keredhaanNya..."





Si isteri tersentuh mendengar butir2 bicara suaminya..di hatinya terdetik seribu penyesalan dan keinsafan...air jernih mengalir dari pipinya saat memohon keampunan dan menutur ucapan maaf dari suaminya...

dialog di atas terpaksa di karang sendiri kerana ingatan ku x mampu memanggil skrip sebenar ..hehehe






Cerita yang penuh penginsafan itu pasti meninggalkan kesan di hati orang yang mudah melenting macam aku...aku juga sama seperti si isteri itu...tewas dalam pertempuran mengawal amarahku...seringkali dalam amarah yang membara bibirku lancang mengungkapkan kata2 yang tak sepatutnya tanpa memikirkan apa, siapa dan kenapa lagi...





baru aku sedar cerita ini yg patut aku kongsikan minggu lepas x terpublish rupanya...maybe masa aku buat tu internet down kot....aku pun x perasan. oleh sebab aku tgh cerita pasal marah..so ku x marahla pasal ni...hehehe..aku taip balik dengan tenangnya...tapi contentnya x samala..huhuhu




(30 april 09, khamis)




cerita bermula....


Hari ini aku diserang oleh tentera marah ku lagi...actually dari minggu lepas..telah banyak serangan yang aku terima..tapi aku tangkis..aku tepis..tapi hari ini..aku tidak berdaya lagi..aku gagal dalam pertempuran ini..entah di mana silapnya aku pun tak pasti..tapi aku memeng marah...bukan saja gagal bertempur..tapi aku biarkan kemarahan menjajah ketenangan hati dan kewarasan fikiranku...aku sasarkan sisa2 peluru yang digabung dari senjata amukan dan ketidakpuasan hati bukan pada sasarannya...aku gagal menjadi pahlawan itu...jgn kata pahlawan..nk jd wira khidmat negara pun x layak rasanya...

hari ini..aku terlewat bangun..jagaku lebih sejam setengah dari detik sepatutnya...aku marah..marah ngn diri sendiri..marah mengenangkan jadual ku telah beranjak sejam setengah dari sepatutnya...so..aku mulakan hari ini dgn satu perasaan tidak pua hati...

Tiba di tempat ku bekhidmat..aku di ajukan dengan beberapa persoalan tentang tugas ku sebagai pengutip data n maklumat..rimas..lemas..dan geram bercampur aduk tatkala aku menjawab persoalan itu...tapi aku cuba bertenang...
cuaca yang panas bagaikan memarakkan api kemarahan aku...dalam kehangatan suasana aku nekad juga menunaikan janjiku pada ank didikku untuk menunjukkan kecanggihan teknologi pada mereka...tapi sayang ..kaedah itu terlalu tinggi untuk di fahami oleh mereka..mereka hilang dalam persepsi mereka sendiri dan aku gagal melunaskan tanggungjawab aku dengan baik..mereka aku biarkan dengan konsep yang mereka bina dan kefahaman yang mereka cipta..aku kecewa...kekecewaan yang membawa kepada kemarahan...

saat aku melangkah ke bilik kerjayaku ..sisa hari ini semakin singkat...namun aku cuba bina kekuatan untuk melakukan sesuatu yang bermakna...aku berkira untuk menyiapkan sekurang-kurang satu kerja penting...aku lajukan langkah dan buang segala kemarahan..lagipun aku janji dgn seorang rakan sejawat di bilik kerjayaku..risau juga di marah kalau terlalu lama menunggu...

setibanya aku di mejaku..aku terlihat dua bungkusan yang kukenal cara balutannya terletak elok ..cantik di sebelah timbunan bukuku...eh..itu hadiah yang sepatutnya ku beri pada ank didikku...kenapa ada kt sini..kata rakanku...hadiah tu x perlu diserahkan kerana mereka tidak hadir ke majlis penganugerahan...kemarahanku tercetus kembali...tp aku berjaya kawal kerana ada insan yang mengatakan aku patut bagi je..semua ni salah paham..

saat kemarahanku telah reda...aku di kejutkan dengan satu suara yang memanggil lembut namaku..tatkala ku toleh..aku lihat cik hot memegang hasil kerjaku yang ku hantar semalam..di maklumkan pada ku yang hasil kerjaku di tolak oleh ketua ku...
aku gagal membendung kemarahanku lagi..segala sumpah seranah makian semuanya ku hamburkan..yela mana ada org marah puji memuji...sis hot memelukku dan cuba menenangkan aku..tapi aku x mampu kawal diri aku lg..miss inspire cuba berceloteh jenaka untuk meredakan suasana tp aku x mampu ketawa lagi...aku hilang dalam amukan kemarahanku..aku dgr suara2 yg cuba menenangkan aku dan mengingatkan ku untuk mengingatiNya yg Esa..tapi aku x mampu berbuat apa2..hingga kemuncak kemarahanku aku rasa ada air jernih yang mengalir di kelopak mataku...aku menangis...ya aku menangis..menangis kerana aku tak terdaya lagi dikuasai tentera kemarahan ini...

titisan air jernih itu berjaya memadamkan api kemarahanku yang marak..saat kemarahanku telah reda..aku melangkah ke meja miss inspire..aku luahkan dan bercerita padanya dgn tenang...pada masa tu..cik hot dtg bgtau bos mmg bad mood hari ini..memang dia tgh marah...mmm..patutlah..
aku adalah mangsa amarahnya..

malamnya aku mula menulis cerita ini...saat jariku menari di papan kekunci ini,aku mula memikirkan kejadian siang tadi...aku sedar yang tindakan aku salah...aku x patut marah..ye ke??? aku rasa aku patut marah sebab aku tak silap..aku akui mungkin ada kesilapan dalam kerja yang aku buat..tapi ketua ku yang terkenal dengan kejayaan dan kehebatannya tu x patut marah kn aku mcm tu..dia sbg ketua sepatutnya membimbing aku ...lg pun itu kali pertama aku buat kerja tu..pastinya aku masih naif..tapi itulah hakikatnya ketua ku itu memang terkenal dgn sikap menunding jari dari membimbing...suka memaki hamun dari menasihati..dan lebih enak menyindir dari memuji..apapun aku terpaksa akui dialah ketua ku..

biarpun aku terima kemarahanku wajar kerana ketuaku puncanya..hatiku tetap terdetik rasa kesal...kesal kerana gagal menyasarkan kemarahanku dengan tepat..malah aku tembak je merata tempat...dahla peluru utama terkena kak hot...semua tau di ada suis replay..nanti silap2 cerita ni akan terus di replay sampaila cd nya rosak..ahaks...
kini kemarahanku telah reda...nk kata ilang..x mungkin kot..sbb aku dah pahatkan amarah dan rasa benciku pada ketua ku..confirm kekalnya....apa yang boleh aku lakukan sekarang ialah cuba untuk tidak menghunuskan senjata kemarahanku pada orang lain..aku ingin tenang dan melangkah penuh senyuman...

dan setiap kali kupahatkan keazaman menuju satu perubahan..di hatiku terbit satu persoalan... mampukah aku untuk lakukan perubahan itu...di hatiku tinggal tanda tanya...

dalam sujudku...ku panjatku doa ke hadratNya...semoga aku digolongkan dalam golongan pahlawan itu... semoga disejukkan marahku sedingin titisan salji dan semoga dibersihkan hatiku sesuci gumpalan kapas...amin...

0 comments: