? ??????????????Mystical? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (33 Ratings)??35 Grabs Today. 23259 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Believe? ????? ?????? ???Rating: 4.4 (40 Ratings)??35 Grabs Today. 19562 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ????1?? ???????????? ????Easy Install Instruct BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, May 11, 2009

ayat-ayat cinta....

MENCINTAI DAN DICINTAI...indah sekali...CINTA itu satu anugerah....namun di hatiku serik untuk bicara tentang cinta...terlalu banyak yang kulalui dalam hidup ini membawa kepada seribu pentafsiran tentang erti cinta dalam hidupku...hingga bibir ku tidak mampu untuk mengungkap kata cinta dan hatiku tidak ingin mencintai jauh sekali dicintai...



namun helaian kertas yang dibukukan dengan tajuk ayat2 cinta mengubah segala tafsiran di mindaku..sekaligus membibitkan rasa cinta di hatiku...aku jatuh cinta..di hatiku mencintai dan aku ingin dicintai...namun....mencinta dan memiliki adalaah sesuatu yang berbeza...di hatiku terungkap satu persoalan akan adakah ayat2 cinta antara aku dan dia...



mmm..dalam blues aku melayan cerita cinta dan perasaan aku padanya....di hatiku bercerita tentang rentetan cerita dalam buku karya seorang penulis yang begitu hebat dan sangat dikagumi...ayat2 n bahasa yang di coretkan begitu mendatangkan kesan yang mendalam di hati setiap pembacanya...ayat2 cinta yang dihasilkan begitu puitis hingga mampu menghidupkan kembali api cintaku yang telah lama padam. garapan ceritanya bisa membawa pembaca ke satu dearah cinta yang damai dan penuh kesucian...indahnya ayat-ayat cinta itu...

apa yang bestnya ayat2 cinta itu...
ok..ayat2 cinta ada dua versi ...ada bingkisan kata yang dibungkuskan dan ada versi lakonan hebat yang di pertontonkan..

aku memilih untuk menilai keduanya walaupun ada yang mengatakan lakonan tidak sehebat garapan tinta...

aku mulakan dengan menelaah tinta itu..seiring dengan hobiku yang suka membaca tapi jarang dapat dilaksanakan...

dari novel itu kutemui erti cinta sebenar..dari novel itu wujudnya satu rasa kagum yang mendalam terhadap penulisnya...gaya bahasa yang di coretkan membawa aku ke kota Cairo meskipun aku kurang pasti longitud dan lotitud geografi nya..membawa aku menyusuri Lembah Nil meskipun aku x dpt merasai hangat atau dingin airnya..dan watak yang dicipta membuahkan pelbagai persoalan...yang sukar dirungkaikan..
saat membaca buku ini...aku mula mencari pelakon aku sendiri untuk kurealitikan fantasi ini dalam dunia sebenar...aku melihat kerajinan watak utama Fahri sebagai miss inspire..ketekunan..impian..perancangan..ketegasan dan segala cita2 yang ada dalam Fahri dapat ku lihat secara realiti dalam diri Miss Inspire..tegasnya Fakhri sebagai abang kepada teman2 sama dengan ketegasan Miss Inspire sbg kakak di kalangan kami...cita2..impian...semangat yang ditunjukkan Fahri mengalir jua dalam diri Miss Inspire...Aku lihat heroin dia Maria mcm Miss Genius..genius..smart...penuh keyakinan dan fakta dalam menyuarakan pendapat..dan yang pasti dia juga penuh misteri dan rahsia macam Miss Smart...
mmm...sapa lagi watak utama ye...aisha..mcm kak cute...hehe...penuh kesopanan dan lemah lembut...punya ketegasan dan dalam masa yang sama akur pada suami tercinta...mmm..yang lain2 tu aku x dpt nk lakonan semulakerana watak2 tu muncul seketika cuma..watak pelengkap..
tapi ada satu watak pelengkap yang ku kira penting kerana ia mencetuskan konflik dalam kenaifan..setiap kali menghayati watak itu...aku terlihat diriku sebagai dirinya..noura....satu watak yang dianggap jahat..lemah...tidak mampu melindungi diri sendiri dan seringkali mensasarkan orang lain sebagai dahan untuk berpaut dan berteduh..penuh harapan dan impian yang tidak kesampaian..punya cita2 namun tak menjumpai jalaan terbaik menggapainya ..dan sering tersalaah langkah percaturan hidup...adakah aku noura ataupun noura aku...aku adalaah noura kerana ku yakin melakonkan watak itu meskipun aku tidak menginginkannya...aku x ingin senaif dia..tp hari2 yang kulalui seolah2 satu pertarungan yang mana aku jahil akan cara2 dan syarat permainannya..aku bertempur dan bertarung dalam kenaifan diri dgn satu matlamat aku ingin menang meskipun sedar aku x mampu dan aku tidak tahu...
aku x ingin jadi noura...mana mungkin aku bermimpi sebagai Fahri sedangkan ku tak punya semangat tinggi...jauhnya beda diriku untuk menjadi cermin bayangan diri Aisha kerana aku x punya kelembutan dirinya..dan mustahil bagiku menjadi Maria kerana ku tak punya ilmu yang mendalam untuk ku bentangkan dan aku masih jauh dari kebijaksanaan untuk ku pamerkan...
x salah menjadi Noura kerana akhirnya dia melakukan satu perubahan dan menunjukkan satu keberanian yang tak di sangka2...tapi persoalannya itukah pengakhiran aku sebagai Noura...

di hatiku terus mencari jawapan....

0 comments: